CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, April 1, 2008

layarhidup.blogspot.com


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com

Discount Magazine Subscriptions - Save big!



Ralat

Terdapat sedikit ralat pada posting ~CINTa~. fiqry azmi memohon maaf kepada semua pengunjung... Kena tekan kebawah untuk post lama.

Wasalam,

FIQRY AZMI

"CINTA.... ???"


"CINTA........" Kalimah yang sering menghantui remaja dulu, kini dan selamanya. Satu fitrah manusia yang tidak dapat tidak perlu dikendalikan dengan bijaksana. Jika tidak, tunggulah saat kebinasaan dan kehancuran. Adakah Islam membenarkan percintaan sebelum pernikahan? Persoalan yang sering membelenggu benak remaja.

Pertama sekali, sebagai seorang muslim sejati, seharusnya kita menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan utama sepertimana Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; “Telah aku tinggalkan dua perkara yang mana jika kamu mengikutinya maka kamu tidak akan tersesat untuk selamanya, iaitu Al-Quran Sunnahku”.

Kita lihat kepada dalil Quran yang dibangkitkan oleh si penanya iaitu Surah al-Isra’;32 (rujuk atas ye...)

32. Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.

Dalam konteks bercinta sebelum kahwin, kalau dilihat dewasa ini, lebih banyak mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan syarak. Kelakuan percintaan seperti berdua-duaan sama ada di tempat sunyi atau ditempat awam, berpegangan tangan, dan bercumbu-cumbuan dilihat sebagai muqaddimah zina. Mula-mula pegang tangan, lepas tu… hanya tuhan yang tahu. Kita jangan lupa bahawa syaitan akan sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menggoda dan menyesatkan anak cucu Adam iaitu kita semua.

Justeru, ada pertanyaaan seperti “kalau tak bercinta, macam mana nak kenal sesuai ke tak jadi pasangan hidup ustaz?”. Bila direnung-renung betul betul jugak kan? So, ustaz berpendapat bahawa “term” bercinta sebelum kahwin perlu ditukar kepada “term” berkenalan sebelum kahwin. Jom kita refer kepada sirah sekejap. Pada zaman Rasulullah ada seorang sahabat yang ingin kahwin. Lalu oleh kerana “tawakkal” nya begitu tinggi dengan selambanya dia memberitahu Rasulullah untuk mencari calon isterinya. Katanya dia akan terima sahaja walaupun tak pernah melihat bakal isterinya.

Rasulullah menasihati supaya melihat dahulu bakal isterinya sebelum berkahwin. Namun, si sahabat berkata tidak mengapa Rasulullah. Lalu pernikahan pun berlangsung. Walau bagaimanapun selepas berkahwin, si dia tadi terkejut melihat isterinya yang tidak menepati langsung cita rasanya. Dia pun mengadu kepada Rasulullah. Rasulullah pun menempelak si dia tadi. Tu lah, sebelum kahwin tak nak tengok dulu. Kan dah menyesal. Ibrahnya, kalau nak berkahwin tu, setidak-tidaknya perlulah kenal dahulu. Oleh sebab itu, dalam Islam juga menganjurkan supaya melihat bakal suami@isteri terlebih dahulu dengan prosedur yang diiktiraf oleh syarak.

Macam mana plak prosedurnya? Ha, kalau nak tengok calon tu, jangan jumpe berdua je. Bawalah teman yang mahram ataupun seelok-eloknya ibu bapa atau pasangan yang telah berkahwin untuk menjadi perantara. Dengan cara ini. Pertemuan terkawal, hajat pun sampai dan insya Allah tidak timbul perkara-perkara yang menghampiri zina.

Selain itu, di zaman cyber ni faham2 la. Macam2 teknologi seperti SMS (sistem pesanan ringkas), YM (Yahoo Messenger) dan sebagainya. Islam tidak mengharamkan penggunakan medium ini untuk berkenalan, namun perlulah si pengguna teknologi memahami batas-batas syarak. Janganlah perbualan menjurus kepada kata-kata yang tidak perlu seperti kata-kata lucah dan yang sewaktu dengannya. Anda lebih mengetahui niat anda dalam melakukan perkara-perkara tersebut.

Secara kesimpulannya, dalam perhubungan di antara muslimin dan muslimat boleh lah rujuk surah An-Nur ayat 30 bagi lelaki dan surah An-Nur ayat 31 bagi wanita.
Sekian dimaklumkan. Bagi mengakhiri artikel ini, ustaz selitkan seloka untuk renungan semua.

Anda telah bersedia untuk bercouple jika...

Anda telah bersedia untuk bercouple jika...
Niat anda memang untuk berkahwin dengan si dia demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara.

Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika...
Niat anda hanya untuk suka-suka atau ingin berseronok-seronok demi melayani kehendak nafsu semata-mata.

Anda telah bersedia untuk bercouple jika...
Sudah punya kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terlibat dengan perkara-perkara yang diharamkan oleh agama seperti berdua-duaan di tempat yang sunyi,berpegangan tangan dan tindakan-tindakan yang membawa kepada ‘muqaddimah’ zina.

Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika...
Masih sukar mengawal nafsu dan tidak punya keyakinan untuk menahan diri daripada melakukan perbuatan-perbuatan negatif seperti berpegangan tangan,menyentuh dan..

Anda telah bersedia untuk bercouple jika...
Sudah lepas ilmu ‘fardhu ain’ dan mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik dalam pengajian anda.Atau sebaik-baiknya sudah mempunyaipekerjaan yang tetap.

Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika...
Masih kandas ilmu fardu ain,mengaji Quran pun lintang pukang dan punya masalah besar dalam pelajaran.Atau anda adalah penganggur yang masih tercari-cari pekerjaan..

Anda telah besedia untuk bercouple jika..
Sudah istiqamah menjaga solat lima waktu,berpuasa di bulan ramadhan dan sedaya upaya menjadi muslimin dalam erti kata yang sebenar.

Sebaliknya anda belum bersdia untuk bercouple jika..
Mengucap dua kalimah syahadah pun belum fasih,solat jarang-jarang,puasa kadang-kadang...aduhai!
































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Kebergantungan Kepada Allah

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Sudut pertama – Secara kefahamannya.

ALLAH yang akan menjaga kesucian dan keagongan agamaNYA. Jika anda adalah kafir dan kufur kepada ALLAH, anda bebas tanpa PPOAAA. Jika anda mendakwa anda seorang Islam, di mana manusia yang lain memerhati anda sebagai Islam, maka anda berada dalam sejenis proses pemeliharaan oleh ALLAH.

Jika anda mendakwa anda seorang Islam, kemudiannya mengambil isme ciptaan selain ALLAH untuk menuju ke arah kejayaan, maka sudah pasti ALLAH halang kejayaan anda itu sebagai satu proses pemeliharaan oleh ALLAH akan agamaNYA itu. Mustahil ALLAH akan membenar rupa-rupanya tanpa Islam, dengan isme lain, seorang muslim itu boleh berjaya sama ada dunia atau akhirat, atau salah satu, secara ummah.

Perhatikan di sekeliling kita. Kebanyakan orang separuh Islam separuh lain ini dinafikan ALLAH kejayaan mereka secara ummah. Jika kaya, mereka hanya kaya sesama mereka. Jika berkuasa, mereka hanya menggunakan kuasa sesama mereka. Jika mereka bijak, mereka akan menindas dan memperbodohkan golongan yang lain. Tiada kejayaan yang dibenarkan ALLAH wujud secara ummah.

Berkumpullah sesama bijak pandai di kalangan mereka. Wujudkanlah satu isme lain, Hadhari ke, Gagasan Kerajaan Langit ke, Melayu Glokal ke, DEB ke, WPI ke, Masjid Kristal ke, selagi anda mengishtihar anda sebagai orang Islam, tetapi mengamalkan separuh Islam separuh lain, maka, tiadalah kejayaan yang ALLAH akan kurniakan secara ummah. Yang ada hanyalah kejayaan secara individu atau kelompok kecil tertentu.

ALLAH yang menjaga kesucian dan keagongan agamaNYA. Kejayaan hakiki secara ummah dunia dan akhirat hanyalah melalui Islam sepenuhnya tanpa mengambil mana-mana idealogi ciptaan manusia.

Sudut pertama - Ikon sesuatu idealogi.

Seperti mana Nabi-Nabi ALLAH yang menjadi ikon kepada Islam itu, fahaman / idealogi / isme ciptaan manusia juga turut mempunyai ikon. Ikon ini diperlukan bagi mendidik anak-anak kecil terhadap kefahaman yang menjadi pegangan sesuatu pemerintah / masyarakat itu.
Jika di Malaysia, pegangan majoriti orang Islam separuh Islam separuh bukan ialah kebangsaan atau nasionalime atau Melayu. Dalam buku pendidikan kanak-kanak ditanam ikon-ikon kebangsaan. Tuah dan Dol Said antara contohnya. Ikon-ikon ini dijulang sebagai agen pencetus fahaman kebangsaan dalam setiap hati kanak-kanak orang Islam separuh Islam separuh bukan ini.

Namun, seperti di atas, apabila anda mengishtiharkan anda sebagai orang Islam, maka, anda automatic tertakluk kepada satu proses pemeliharaan oleh ALLAH akan agamaNYA (PPOAAA). Sudah pasti ALLAH akan gagalkan ikon-ikon itu. Mari lihat antaranya.

1. Kanak-kanak pintar yang boleh membaca seumur 4 tahun. Di mana berlakon dalam filem arahan Jins Samsudin telah diambil oleh Professor Ungku Aziz untuk dibentuk sebagai ikon nasionalis Melayu. PPOAAA. Gagal. Menjadi seorang penagih. Jika dia berjaya, maka tiada kejayaan secara ummah melainkan dia kembali kepada Islam sepenuhnya.

2. Hafiz Hashim. Juara All England. Disambut sebagai ikon dan hero Melayu / nasionalisme. Dipakaikan tengkolok dan berkeris di lapangan terbang. PPOAAA. Gagal. Merudum. Jika dia berjaya, maka tiada kejayaan secara ummah melainkan dia kembali kepada Islam sepenuhnya.

3. Kembar pemain bola Zaquan dan Zafuan. Di angkat sebagai ikon / hero oleh media-media nasionalis Melayu di peringkat awal kemunculan mereka. Meletup ketika menjuarai Pesta Bola Merdeka baru-baru ini. PPOAAA. Kini malap dan kelam. Jika dia berjaya, maka tiada kejayaan secara ummah melainkan dia kembali kepada Islam sepenuhnya.

4. Angkasawan pertama negara. Dengan bangga mengatakan anak Melayu pertama ketika live di angkasa. Dijulang sebagai ikon / hero nasionalis Melayu. PPOAAA. Setibanya di bumi disambut dengan satu peristiwa kematian yang sedikit aneh. Dijulang di dalam negara, ditertawakan di seluruh dunia. Jika dia berjaya, maka tiada kejayaan secara ummah melainkan dia kembali kepada Islam sepenuhnya.

5. Angkasawan simpanan negara. Dijulang media sebagai ikon / hero yang membenihkan fahaman nasionalis. Diarak ke sekolah-sekolah. Ke seluruh pelusuk tanah air. PPOAAA. Tiada yang boleh dibanggakan. Mengalami kejadian disamun, ditetak untuk pendedahan sesuatu perkara bagi golongan yang berfikir. Jika dia berjaya, maka tiada kejayaan secara ummah melainkan dia kembali kepada Islam sepenuhnya.

6. Akmal Rizal yang kembali ke bumi Malaysia dari Perancis. Dijulang oleh media nasionalis Melayu. Ikon dan hero kepada kefahaman kebangsaan. Aksi pertamanya di liga tempatan memakai sarung tangan seperti kebiasaan di sana walaupun cuaca di sini tidak sama. PPOAAA. Hancur. Tiada apa yang menakjubkan. Jika dia berjaya, maka tiada kejayaan secara ummah melainkan dia kembali kepada Islam sepenuhnya.

7. Dato Azhar Mansur. Dijulang media nasionalis berminggu-minggu. Ikon dan hero kebangsaan Melayu. Acara penyambutnya meriah. PPOAAA. Status agama yang kini mengelirukan. Mengaibkan. Jika dia berjaya, maka tiada kejayaan secara ummah melainkan dia kembali kepada Islam sepenuhnya.

8. Datin Paduka Sharifah Maznah yang menghabiskan jutaan ringgit merentas salji. Mahu menanam Al-Quran sebagai bukti orang Islam yang sampai di situ ketika saintis wanita Russia menjalankan penyelidikan untuk kebaikan manusia sejagat termasuk orang Islam sepertinya. Diberi liputan meluas media nasionalis Melayu. Ikon dan heroin wanita Melayu. PPOAAA. Mengaibkan di mata masyarakat dunia. Tiada apa yang membanggakan. Kini apa hasil jutaan ringgit bagi kejayaan ummah? Jika dia berjaya, maka tiada kejayaan secara ummah melainkan dia kembali kepada Islam sepenuhnya.
9.

10.

11.

999.

1000.

1001. Sufiah. Walau kacukan, tanpa malu mengaku itu adalah Melayu. Diberi biasiswa walau keluarga berada. Berhari-hari media mengdewa-dewakannya. PPOAAA….

Sudut Kedua – Secara profesionalnya.

Secara profesionalnya, sebagai pejuang Islam, adalah perlu kita membetulkan keadaan. Menyelamatkan mereka. Mendoakan mereka dan kita semua.

Be a muslim, not a Malay. Islam is universal.

Wallahualam.