CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, April 1, 2008

layarhidup.blogspot.com


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com

Discount Magazine Subscriptions - Save big!



Ralat

Terdapat sedikit ralat pada posting ~CINTa~. fiqry azmi memohon maaf kepada semua pengunjung... Kena tekan kebawah untuk post lama.

Wasalam,

FIQRY AZMI

"CINTA.... ???"


"CINTA........" Kalimah yang sering menghantui remaja dulu, kini dan selamanya. Satu fitrah manusia yang tidak dapat tidak perlu dikendalikan dengan bijaksana. Jika tidak, tunggulah saat kebinasaan dan kehancuran. Adakah Islam membenarkan percintaan sebelum pernikahan? Persoalan yang sering membelenggu benak remaja.

Pertama sekali, sebagai seorang muslim sejati, seharusnya kita menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan utama sepertimana Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; “Telah aku tinggalkan dua perkara yang mana jika kamu mengikutinya maka kamu tidak akan tersesat untuk selamanya, iaitu Al-Quran Sunnahku”.

Kita lihat kepada dalil Quran yang dibangkitkan oleh si penanya iaitu Surah al-Isra’;32 (rujuk atas ye...)

32. Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.

Dalam konteks bercinta sebelum kahwin, kalau dilihat dewasa ini, lebih banyak mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan syarak. Kelakuan percintaan seperti berdua-duaan sama ada di tempat sunyi atau ditempat awam, berpegangan tangan, dan bercumbu-cumbuan dilihat sebagai muqaddimah zina. Mula-mula pegang tangan, lepas tu… hanya tuhan yang tahu. Kita jangan lupa bahawa syaitan akan sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menggoda dan menyesatkan anak cucu Adam iaitu kita semua.

Justeru, ada pertanyaaan seperti “kalau tak bercinta, macam mana nak kenal sesuai ke tak jadi pasangan hidup ustaz?”. Bila direnung-renung betul betul jugak kan? So, ustaz berpendapat bahawa “term” bercinta sebelum kahwin perlu ditukar kepada “term” berkenalan sebelum kahwin. Jom kita refer kepada sirah sekejap. Pada zaman Rasulullah ada seorang sahabat yang ingin kahwin. Lalu oleh kerana “tawakkal” nya begitu tinggi dengan selambanya dia memberitahu Rasulullah untuk mencari calon isterinya. Katanya dia akan terima sahaja walaupun tak pernah melihat bakal isterinya.

Rasulullah menasihati supaya melihat dahulu bakal isterinya sebelum berkahwin. Namun, si sahabat berkata tidak mengapa Rasulullah. Lalu pernikahan pun berlangsung. Walau bagaimanapun selepas berkahwin, si dia tadi terkejut melihat isterinya yang tidak menepati langsung cita rasanya. Dia pun mengadu kepada Rasulullah. Rasulullah pun menempelak si dia tadi. Tu lah, sebelum kahwin tak nak tengok dulu. Kan dah menyesal. Ibrahnya, kalau nak berkahwin tu, setidak-tidaknya perlulah kenal dahulu. Oleh sebab itu, dalam Islam juga menganjurkan supaya melihat bakal suami@isteri terlebih dahulu dengan prosedur yang diiktiraf oleh syarak.

Macam mana plak prosedurnya? Ha, kalau nak tengok calon tu, jangan jumpe berdua je. Bawalah teman yang mahram ataupun seelok-eloknya ibu bapa atau pasangan yang telah berkahwin untuk menjadi perantara. Dengan cara ini. Pertemuan terkawal, hajat pun sampai dan insya Allah tidak timbul perkara-perkara yang menghampiri zina.

Selain itu, di zaman cyber ni faham2 la. Macam2 teknologi seperti SMS (sistem pesanan ringkas), YM (Yahoo Messenger) dan sebagainya. Islam tidak mengharamkan penggunakan medium ini untuk berkenalan, namun perlulah si pengguna teknologi memahami batas-batas syarak. Janganlah perbualan menjurus kepada kata-kata yang tidak perlu seperti kata-kata lucah dan yang sewaktu dengannya. Anda lebih mengetahui niat anda dalam melakukan perkara-perkara tersebut.

Secara kesimpulannya, dalam perhubungan di antara muslimin dan muslimat boleh lah rujuk surah An-Nur ayat 30 bagi lelaki dan surah An-Nur ayat 31 bagi wanita.
Sekian dimaklumkan. Bagi mengakhiri artikel ini, ustaz selitkan seloka untuk renungan semua.

Anda telah bersedia untuk bercouple jika...

Anda telah bersedia untuk bercouple jika...
Niat anda memang untuk berkahwin dengan si dia demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara.

Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika...
Niat anda hanya untuk suka-suka atau ingin berseronok-seronok demi melayani kehendak nafsu semata-mata.

Anda telah bersedia untuk bercouple jika...
Sudah punya kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terlibat dengan perkara-perkara yang diharamkan oleh agama seperti berdua-duaan di tempat yang sunyi,berpegangan tangan dan tindakan-tindakan yang membawa kepada ‘muqaddimah’ zina.

Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika...
Masih sukar mengawal nafsu dan tidak punya keyakinan untuk menahan diri daripada melakukan perbuatan-perbuatan negatif seperti berpegangan tangan,menyentuh dan..

Anda telah bersedia untuk bercouple jika...
Sudah lepas ilmu ‘fardhu ain’ dan mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik dalam pengajian anda.Atau sebaik-baiknya sudah mempunyaipekerjaan yang tetap.

Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika...
Masih kandas ilmu fardu ain,mengaji Quran pun lintang pukang dan punya masalah besar dalam pelajaran.Atau anda adalah penganggur yang masih tercari-cari pekerjaan..

Anda telah besedia untuk bercouple jika..
Sudah istiqamah menjaga solat lima waktu,berpuasa di bulan ramadhan dan sedaya upaya menjadi muslimin dalam erti kata yang sebenar.

Sebaliknya anda belum bersdia untuk bercouple jika..
Mengucap dua kalimah syahadah pun belum fasih,solat jarang-jarang,puasa kadang-kadang...aduhai!
































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Kebergantungan Kepada Allah

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Sudut pertama – Secara kefahamannya.

ALLAH yang akan menjaga kesucian dan keagongan agamaNYA. Jika anda adalah kafir dan kufur kepada ALLAH, anda bebas tanpa PPOAAA. Jika anda mendakwa anda seorang Islam, di mana manusia yang lain memerhati anda sebagai Islam, maka anda berada dalam sejenis proses pemeliharaan oleh ALLAH.

Jika anda mendakwa anda seorang Islam, kemudiannya mengambil isme ciptaan selain ALLAH untuk menuju ke arah kejayaan, maka sudah pasti ALLAH halang kejayaan anda itu sebagai satu proses pemeliharaan oleh ALLAH akan agamaNYA itu. Mustahil ALLAH akan membenar rupa-rupanya tanpa Islam, dengan isme lain, seorang muslim itu boleh berjaya sama ada dunia atau akhirat, atau salah satu, secara ummah.

Perhatikan di sekeliling kita. Kebanyakan orang separuh Islam separuh lain ini dinafikan ALLAH kejayaan mereka secara ummah. Jika kaya, mereka hanya kaya sesama mereka. Jika berkuasa, mereka hanya menggunakan kuasa sesama mereka. Jika mereka bijak, mereka akan menindas dan memperbodohkan golongan yang lain. Tiada kejayaan yang dibenarkan ALLAH wujud secara ummah.

Berkumpullah sesama bijak pandai di kalangan mereka. Wujudkanlah satu isme lain, Hadhari ke, Gagasan Kerajaan Langit ke, Melayu Glokal ke, DEB ke, WPI ke, Masjid Kristal ke, selagi anda mengishtihar anda sebagai orang Islam, tetapi mengamalkan separuh Islam separuh lain, maka, tiadalah kejayaan yang ALLAH akan kurniakan secara ummah. Yang ada hanyalah kejayaan secara individu atau kelompok kecil tertentu.

ALLAH yang menjaga kesucian dan keagongan agamaNYA. Kejayaan hakiki secara ummah dunia dan akhirat hanyalah melalui Islam sepenuhnya tanpa mengambil mana-mana idealogi ciptaan manusia.

Sudut pertama - Ikon sesuatu idealogi.

Seperti mana Nabi-Nabi ALLAH yang menjadi ikon kepada Islam itu, fahaman / idealogi / isme ciptaan manusia juga turut mempunyai ikon. Ikon ini diperlukan bagi mendidik anak-anak kecil terhadap kefahaman yang menjadi pegangan sesuatu pemerintah / masyarakat itu.
Jika di Malaysia, pegangan majoriti orang Islam separuh Islam separuh bukan ialah kebangsaan atau nasionalime atau Melayu. Dalam buku pendidikan kanak-kanak ditanam ikon-ikon kebangsaan. Tuah dan Dol Said antara contohnya. Ikon-ikon ini dijulang sebagai agen pencetus fahaman kebangsaan dalam setiap hati kanak-kanak orang Islam separuh Islam separuh bukan ini.

Namun, seperti di atas, apabila anda mengishtiharkan anda sebagai orang Islam, maka, anda automatic tertakluk kepada satu proses pemeliharaan oleh ALLAH akan agamaNYA (PPOAAA). Sudah pasti ALLAH akan gagalkan ikon-ikon itu. Mari lihat antaranya.

1. Kanak-kanak pintar yang boleh membaca seumur 4 tahun. Di mana berlakon dalam filem arahan Jins Samsudin telah diambil oleh Professor Ungku Aziz untuk dibentuk sebagai ikon nasionalis Melayu. PPOAAA. Gagal. Menjadi seorang penagih. Jika dia berjaya, maka tiada kejayaan secara ummah melainkan dia kembali kepada Islam sepenuhnya.

2. Hafiz Hashim. Juara All England. Disambut sebagai ikon dan hero Melayu / nasionalisme. Dipakaikan tengkolok dan berkeris di lapangan terbang. PPOAAA. Gagal. Merudum. Jika dia berjaya, maka tiada kejayaan secara ummah melainkan dia kembali kepada Islam sepenuhnya.

3. Kembar pemain bola Zaquan dan Zafuan. Di angkat sebagai ikon / hero oleh media-media nasionalis Melayu di peringkat awal kemunculan mereka. Meletup ketika menjuarai Pesta Bola Merdeka baru-baru ini. PPOAAA. Kini malap dan kelam. Jika dia berjaya, maka tiada kejayaan secara ummah melainkan dia kembali kepada Islam sepenuhnya.

4. Angkasawan pertama negara. Dengan bangga mengatakan anak Melayu pertama ketika live di angkasa. Dijulang sebagai ikon / hero nasionalis Melayu. PPOAAA. Setibanya di bumi disambut dengan satu peristiwa kematian yang sedikit aneh. Dijulang di dalam negara, ditertawakan di seluruh dunia. Jika dia berjaya, maka tiada kejayaan secara ummah melainkan dia kembali kepada Islam sepenuhnya.

5. Angkasawan simpanan negara. Dijulang media sebagai ikon / hero yang membenihkan fahaman nasionalis. Diarak ke sekolah-sekolah. Ke seluruh pelusuk tanah air. PPOAAA. Tiada yang boleh dibanggakan. Mengalami kejadian disamun, ditetak untuk pendedahan sesuatu perkara bagi golongan yang berfikir. Jika dia berjaya, maka tiada kejayaan secara ummah melainkan dia kembali kepada Islam sepenuhnya.

6. Akmal Rizal yang kembali ke bumi Malaysia dari Perancis. Dijulang oleh media nasionalis Melayu. Ikon dan hero kepada kefahaman kebangsaan. Aksi pertamanya di liga tempatan memakai sarung tangan seperti kebiasaan di sana walaupun cuaca di sini tidak sama. PPOAAA. Hancur. Tiada apa yang menakjubkan. Jika dia berjaya, maka tiada kejayaan secara ummah melainkan dia kembali kepada Islam sepenuhnya.

7. Dato Azhar Mansur. Dijulang media nasionalis berminggu-minggu. Ikon dan hero kebangsaan Melayu. Acara penyambutnya meriah. PPOAAA. Status agama yang kini mengelirukan. Mengaibkan. Jika dia berjaya, maka tiada kejayaan secara ummah melainkan dia kembali kepada Islam sepenuhnya.

8. Datin Paduka Sharifah Maznah yang menghabiskan jutaan ringgit merentas salji. Mahu menanam Al-Quran sebagai bukti orang Islam yang sampai di situ ketika saintis wanita Russia menjalankan penyelidikan untuk kebaikan manusia sejagat termasuk orang Islam sepertinya. Diberi liputan meluas media nasionalis Melayu. Ikon dan heroin wanita Melayu. PPOAAA. Mengaibkan di mata masyarakat dunia. Tiada apa yang membanggakan. Kini apa hasil jutaan ringgit bagi kejayaan ummah? Jika dia berjaya, maka tiada kejayaan secara ummah melainkan dia kembali kepada Islam sepenuhnya.
9.

10.

11.

999.

1000.

1001. Sufiah. Walau kacukan, tanpa malu mengaku itu adalah Melayu. Diberi biasiswa walau keluarga berada. Berhari-hari media mengdewa-dewakannya. PPOAAA….

Sudut Kedua – Secara profesionalnya.

Secara profesionalnya, sebagai pejuang Islam, adalah perlu kita membetulkan keadaan. Menyelamatkan mereka. Mendoakan mereka dan kita semua.

Be a muslim, not a Malay. Islam is universal.

Wallahualam.

Saturday, March 29, 2008

YAB Ust Azizan Abdul Razak



MB KEDAH – Ustaz Haji Azizan Bin Abdul Razak
Ustaz Azizan merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah yang menggantikan almarhum Tuan Guru Ustaz Dato' Fadhil Noor yang juga merupakan bekas Presiden PAS. Beliau ahli adun yang mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada tahun 2004.


Pendidikan
Ustaz Azizan berusia 64 tahun merupakan bekas pelajar Maktab Mahmud, Alor Setar pada tahun 1966. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar kursus Sarjana Muda Syariah pada tahun1972. Seterusnya beliau mengambil Masters Phil in Law, Department of Law, Universiti of Kent Canterbury, England pada tahun 1978.Pengalaman Kerjaya
Beliau merupakan bekas pensyarah dan pernah diamanahkan memegang jawatan Ketua Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Selepas itu, beliau bersara dan berkecimpung di dalam dunia politik tanah air. Beliau juga pernah memegang jawatan Pengarah Urusan Harakah yang merupakan akhbar rasmi Parti Islam se-Malaysia.


Jawatan Dalam PAS
Ustaz Azizan merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Beliau juga merupakan orang nombor satu PAS Kedah apabila ditaklifkan dengan jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah. Disamping itu beliau juga merupakan Yang DiPertua PAS Kawasan Yan, Kedah Darul Aman.Penglibatan


NGO
Beliau terlibat dalam beberapa NGO sama ana di peringkat nasional mahupun peringkat antarabangsa. Beliau merupakan AJK Persatuan Bekas Pelajar Melayu Timur Tengah dan AJK Persatuan Falak Syarie Malaysia. Di peringkat antarabangsa pula, beliau merupakan ahli Persatuan Syariah Asia Tenggara (South East Asia Association).Pengalaman Antarabangsa
Selari dengan penglibatannya di dalam NGO peringkat antarabangsa, beliau berpengalaman terlibat di dalam beberapa program di peringkat antarabangsa. Antaranya beliau pernah terlibat di dalam Muktamar al-Haj anjuran All Indian Iranian Association New Delhi, India. Selain itu, beliau pernah dijemput untuk membentangkan Kertas Kerja di 1st Asean Syariah Administration Conference Workshop yang di adakan di Manila pada tahun 1995. Pada tahun 2001 yang lepas, beliau melibatkan diri di dalam Persidangan Islam Sedunia yang berlangsung di Lunmam. Beliau juga pernah menghadiri Conference of South East Asia Islamic Law di Manila.


Hasil Penulisan Antarabangsa
Beliau pernah menghasilkan sebuah penulisan bertajuk 'Dirasah Hawla at-Tashriq al-Islami' yang diterbitkan oleh Kementerian Hal Ehwal Agama Islam Filipina. Selain itu, beliau juga pernah menghasilkan sebuah penulisan bertajuk 'Introduction To Islamic Law Jurisprudence, terbitan Office of Muslim Affair And Cultural Communities, Quezon City, Filipina pada tahun 1986. Antara penulisannya yang lain adalah 'Syariah, Adat And Command Law Amongst The Maranoas of Southern Philippines : An Exploratory And Comparative Study' terbitan Southest Asian Studies Program. Beliau juga menghasilkan banyak penulisan di peringkat nasional.

Tuesday, March 25, 2008

KEDUDUKAN AHLUL ZIMMAH DALAM NEGARA ISLAM


MUQADDIMAH

Daripada sunnah kehidupan, manusia itu diciptakan oleh Allah SWT dengan berbilang-bilang bangsa, keturunan, warna kulit dan sebagainya. Pun begitu, hakikat perbezaan ini adalah berasal dari satu, iaitu nabi Adam AS.

Sabda Nabi SAW dalam satu khutbah pada hari Tasyriq:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَلَا إِنَّ رَبَّكُمْ وَاحِدٌ وَإِنَّ أَبَاكُمْ وَاحِدٌ أَلَا لَا فَضْلَ لِعَرَبِيٍّ عَلَى أَعْجَمِيٍّ وَلَا لِعَجَمِيٍّ عَلَى عَرَبِيٍّ وَلَا لِأَحْمَرَ عَلَى أَسْوَدَ وَلَا أَسْوَدَ عَلَى أَحْمَرَ إِلَّا بِالتَّقْوَى

Maksudnya;
“Wahai Manusia, sesungguhnya tuhan kamu adalah esa. Sesungguhnya ayah kamu adalah satu. Ketahuilah, tiada arab itu lebih mulia berbanding ’ajam, dan tiada ’ajam lebih mulia berbanding arab, tiada kulit merah lebih mulian daripada hitam dan tiada orang kulit hitam itu lebih mulia berbanding mereka melainkan dengan taqwa[1]

Dan sabda Nabi SAW lagi:

كلكم لآدم ، وآدم من تراب ، وأكرمكم عند الله أتقاكم

Maksudnya;
”Setiap kamu dari adam dan adam pula daripada tanah. Dan semulia-mulia kamu disisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa dikalangan kamu[2]

Dari Adam, Allah menciptakan hawa. Dengan penciptaan hawa itulah, bermulalah pembiakan manusia. Dengan pembiakan itu, menyebabkan dunia dipenuhi dengan manusia.

Penciptaan manusia yang bermula dari satu sehingga menjadi banyak, bukanlah semata-mata wujudnya manusia, bahkan disana terdapat arahan dari Allah agar menghubungkan kasih sayang sesama mereka.

Firman Allah:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Maksudnya;
“Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu, Sesungguhnya Allah maha mengetahui dan maha mengenal”

(Surah Al-Hujurat : 13)

Dalam ayat ini, Allah menjelaskan kepada kita bahawa manusia itu disuruh kenal mengenali sesama mereka. suruh kenal mengenal itu, tidak dikhususkan kepada sesame muslim sahaja, bahkan juga bersama dengan mereka yang non muslim juga.

Ekoran dari itu, melihat Islam adalah agama yang menjaga hak kemanusiaan, samada kepada muslim atau non muslim, maka dengan penulisan kertas kerja yang serba ringkas ini dapat menjelaskan keadaan sebenar mengikut pandangan islam tentang kehadiran non muslim dalam Negara Islam.

BAHAGIAN PERTAMA
AHLU ZIMMAH

Dari sudut Bahasa, Zimmah bermaksud “العهد والأمان والضمان” iaitu Perjanjian, keamanan dan Jaminan”

Adapun dari sudut Istilahnya, Zimmah bermaksud:

عقد مؤبد يتضمن إقرار غير المسلمين على دينهم، وتمتعهم بأمان الجماعة الوطنية الإسلامية وضمانها، بشرط بذلهم الجزية، وقبولهم أحكام دار الإسلام في غير شئونهم الدينية

maksudnya;
“Akad yang bersifat kekal, terkandung pengakuan orang bukan islam atas agama mereka, mereka boleh mengecapi keamanan (seperti) masyarakat warganegara Islam dan mereka mendapat jaminan keamanan itu, dengan syarat mereka hendaklah membayar Jizyah, dan mereka menerima hukum-hukum negara Islam pada yang lain yang berkaitan dengan agama mereka”[3]

Dalam kitab ”Al-Aqalliyat Ghair Al-Muslimah Fi Mujtama’ Al-Islami”, Ahli Zimmah didefinisikan sebagai;

هم المواطنون من غير المسلمين الذين يسكنون معهم فى دار الإسلام , ويدفعون الجزية , و يخضعون للأحكام السلطانية فى غير ما أقروا عليه من أحكام العقائد و العبادات و الزواج و الطلاق و المطعومات و الملبوسات

Maksudnya;
“mereka adalah warganegara yang tidak islam, tetapi mereka tinggal bersama dengan mereka dalam Negara Islam. mereka membayar Jizyah, mereka tunduk kepada hukum-hukum kekuasaan (Negara) tanpa mereka akur daripada hukum yang melibatkan aqidah, ibadat, perkahwinan, talaq, maknana dan pakaian[4]

Berdasarkan kepada definisi dua ini, difahami bahawa faktor-faktor yang boleh menjadikan orang bukan islam itu dikira sebagai ahli Zimmah adalah seperti berikut;

a. hendaklah wujud akad Zimmah

tujuan berlakunya akad itu adalah untuk mengiktiraf mereka sebagai warganegara. Akad tetap sah, selama mereka masih lagi membayar jizyah dan mematuhi undang-undang Islam yang telah ditetapkan oleh negara.

b. Wujud tanda-tanda mereka redha terhadap akad zimmah

Ianya adalah seperti orang kafir dari negara luar, yang mendapat keamanan sementara dari pihak kerajaan Islam (kafir Musta’man), lalu dia berkahwin dengan perempuan zimmah dalam negara Islam.

Atau mereka telah membeli tanah dalam kerajaan islam, kemudian mereka tetap membayar kharaj, seakan-akan mereka membeli itu satu isyarat bahawa mereka redha dengan kerajaan islam.

ASAS AHLI ZIMMAH

Asas dalam menentukan hujjah atas perbahasan ini adalah seperti berikut;

a. hadis Muslim, Daripada Sulaiman bin Buraidah, daripada
ayahnya, berkata nabi SAW;

وَإِذَا لَقِيتَ عَدُوَّكَ مِنْ الْمُشْرِكِينَ فَادْعُهُمْ إِلَى ثَلَاثِ خِصَالٍ أَوْ خِلَالٍ فَأَيَّتُهُنَّ مَا أَجَابُوكَ فَاقْبَلْ مِنْهُمْ وَكُفَّ عَنْهُمْ ثُمَّ ادْعُهُمْ إِلَى الْإِسْلَامِ فَإِنْ أَجَابُوكَ فَاقْبَلْ مِنْهُمْ وَكُفَّ عَنْهُمْ ثُمَّ ادْعُهُمْ إِلَى التَّحَوُّلِ مِنْ دَارِهِمْ إِلَى دَارِ الْمُهَاجِرِينَ وَأَخْبِرْهُمْ أَنَّهُمْ إِنْ فَعَلُوا ذَلِكَ فَلَهُمْ مَا لِلْمُهَاجِرِينَ وَعَلَيْهِمْ مَا عَلَى الْمُهَاجِرِينَ فَإِنْ أَبَوْا أَنْ يَتَحَوَّلُوا مِنْهَا فَأَخْبِرْهُمْ أَنَّهُمْ يَكُونُونَ كَأَعْرَابِ الْمُسْلِمِينَ يَجْرِي عَلَيْهِمْ حُكْمُ اللَّهِ الَّذِي يَجْرِي عَلَى الْمُؤْمِنِينَ وَلَا يَكُونُ لَهُمْ فِي الْغَنِيمَةِ وَالْفَيْءِ شَيْءٌ إِلَّا أَنْ يُجَاهِدُوا مَعَ الْمُسْلِمِينَ فَإِنْ هُمْ أَبَوْا فَسَلْهُمْ الْجِزْيَةَ

Maksudnya;
“Apabila kamu berjumpa dengan musuh kamu dari kalangan musyrikin, maka serulah mereka kepada 3 perkara, atau memilih mana satu yang mereka terima daripada kamu, maka hendaklah kamu terima daripada mereka, dan berhenti daripada menyerang mereka. kemudian serulah mereka kepada Islam, sekiranya mereka menerimanya, maka terimalah daripada mereka dan hentikan serangan terhadap mereka. kemudian kamu serulah mereka kepada berpindah rumah kepada negeri muhajirin dan beritahu kepada mereka, sesungguhnya perbuatan mereka itu menyebabkan mereka mendapat kelebihan sepertimana orang muhajirin juga, dan muhajirin mendapat kelebihan seperti mereka juga. Sekiranya mereka ingkar untuk berpindah, maka bagitahu kepada mereka sesungguhnya mereka seperti orang-orang islam yang badwi. Hukum Allah akan terlaksana terhadap mereka sepertimana terlaksana ke atas orang yang beriman. Mereka tidak mendapat apa-apa pun daripada Ghanimah dan juga Fai’ melainkan mereka berjihad bersama dengan orang Islam. sekiranya mereka ingkar juga, maka mintalah mereka membayar jizyah[5]

b. Firman Allah;

وَقَاتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

Maksudnya;
“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, karena sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas”

(Surah Al-Baqarah : 190)

Dalam ayat ini, Allah menyatakan bahawa serangan itu hendaklah dimulai dari pihak kafir. Difahami dari ini, disana terdapat kafir yang tidak menyerang islam.

Apabila mereka tidak menyerang islam, maka ketika itu, tidak boleh umat Islam menyerang mereka. kafir yang tidak boleh diserang oleh orang islam itu dipanggil sebagai Zimmi.

c. firman Allah;

قَاتِلُوا الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَا بِالْيَوْمِ الْآَخِرِ وَلَا يُحَرِّمُونَ مَا حَرَّمَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَلَا يَدِينُونَ دِينَ الْحَقِّ مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ حَتَّى يُعْطُوا الْجِزْيَةَ عَنْ يَدٍ وَهُمْ صَاغِرُونَ

Maksudnya;
“Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak (pula) kepada hari kemudian, dan mereka tidak mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah dan RasulNya dan tidak beragama dengan agama yang benar (agama Allah), (yaitu orang-orang) yang diberikan Al-Kitab kepada mereka, sampai mereka membayar jizyah dengan patuh sedang mereka dalam keadaan tunduk”

(Surah At-Taubah : 29)

Ayat ini menjelaskan kepada kita secara nyata bahawa golongan ahli kitab adalah dikira sebagai ahl az-zimmah. Hal ini disepakati oleh seluruh ulama fiqh.

Dan ayat ini juga menjelaskan bahawa, cirri-ciri ahl Az-Zimmah itu adalah dia membayar Jizyah serta patuh dengan kerajaan Islam.

BAHAGIAN KEDUA
NEGARA ISLAM

Ulama berselisih dalam mendefinisikan maksud dengan Negara Islam. Di dalam buku “Negara Islam : antara reality dan Cabaran” terbitan Dewan Ulama PAS Pusat, terdapat satu tulisan yang bertajuk “Definisi dan Prinsip Asas Negara Islam”.

Dalam tulisan tersebut, didatangkan beberapa definisi tentang Negara Islam yang telah dinukilkan Imam Abu Zahrah. Kesimpulan dari segala pendefinisian itu, didapati perselisihan pendapat itu dirujuk kepada perkara berikut;

Pendapat pertama;

merujuk kepada hukum hakam dan undang-undang yang dilaksanakan di dalam negara adalam undang-undang islam.

Pendapat kedua:

merujuk kepada keamanan orang-orang Islam dan kekuasaan mereka. Jika orang-orang islam berkuasa dalam negara tersebut, maka negara itu adalah negara Islam. Jika sebaliknya, maka negara itu adalah negara Harb[6].

Dengan kedua-dua pendapat ulama ini, menandakan kedua-duanya mengandungi maksud kuat menguatkan. Maka dengan ini, apabila disebut sebagai negara Islam, hendaklah wujud dalam negara itu kekuasaan dari orang islam disamping negara itu menjadikan sumber rujukan utama adalah kepada undang-undang yang telah ditetapkan oleh Islam.

DEFINISI NEGARA ISLAM YANG DISALAHERTIKAN

Ada sebilangan penulis-penulis agama, mereka mendakwa bahawa, Malaysia ini sudah dikira sebagai negara Islam. Ianya adalah merujuk kepada definisi negara Islam yang dikemukakan oleh Imam Abu Hanifah.

Menurut mereka, Imam Abu Hanifah mendefinisikan negara Islam sebagai negara yang dikuasai oleh orang islam. Tidak disyaratkan perlaksanaan undang-undang Islam untuk menentukan negara itu adalah negara Islam.

Dalam tulisan ini, akan membuktikan bahawa, segala dakwaan dari ulama-ulama berkepentingan itu adalah dakwaan yang tidak disandarkan kepada kajian ilmiyyah yang betul.

Ini adalah kerana, cara penghujahan mereka itu merupakan penghujahan yang bersifat ”mengambil separuh”, tanpa merujuk kepada maksud sebenar yang dikehendaki oleh Imam Abu hanifah dalam memberi sesuatu definisi berkenaan maksud negara Islam.

Dalam pengajian Mantiq, sesuatu definisi itu hendaklah dipastikan mempunyai unsur ”jami’ dan mani’”, iaitu definisi itu merangkumi dan menyeluruh semua objek yang hendak didefinisikan, disamping membuangkan dan mengeluarkan segala objek yang tidak berkaitan dan hubungan dengan definisi yang diberikan[7].

Maka dengan itu, kadangkala ulama-ulama besar (seperti Imam Abu Hanifah) mengeluarkan sesuatu definisi dengan bentuk yang tidak Jami’, tetapi disempurnakan dengan perbahasannya dalam tajuk yang lain.

Faktor pendefinisian dilakukan sedemikian adalah, melihat kepada suasana dan keadaan masyarakat di zaman beliau yang sememangnya mereka sudah faham dengan maksud definisi yang diberikan tersebut.

Pun begitu, ekoran zaman bersaling zaman, pemikiran masyarakat sekarang tidak sama dengan pemikiran masyarakat terdahulu yang menyebabkan golongan sekarang melihat maksud definisi itu hanya pada pandangan zahir sahaja, tanpa merujuk kepada maksud sebenar disebalik definisi yang telah diberikan oleh Imam Abu hanifah.

Pendefinisian yang dimaksudkan oleh golongan yang mendakwa bahawa negara Islam tidak disyaratkan perlaksaan undang-undang islam adalah definisi Abu Hanifah yang menyatakan;

”maksud sandaran “Dar” kepada Islam atau kafir itu sendiri bukanlah berdasarkan kepada Islam dan kafir itu sendiri, sebaliknya berdasarkan kepada keamanan dan ketakutan[8]

Melihat kepada definisi ini, didapati kandungan maksud definisi ini masih lagi bersifat ”tidak jami’”, yang memerlukan kepada penambahan agar ianya bersifat Jami’.

Bagi memastikan definisi ini bersifat ”jami’ dan Mani’” dari pihak Imam Abu Hanifah, maka hendaklah dirujuk segala kitab-kitab yang menyatakan tentang pandangan Imam Abu Hanifah tentang negara Islam ini.

Apa yang pasti, dalam kitab ” Badai As-Sanai : 7/130” yang merupakan salah sebuah kitab fiqh dalam Mazhab Hanafi, karangan Abu Bakar bin Mas’uud bin Ahmad Al-Kasani Ala’uddin (wafat 587). Dalam kitab tersebut menyatakan;

قَالَ أَبُو حَنِيفَةَ : إنَّهَا لَا تَصِيرُ دَارَ الْكُفْرِ إلَّا بِثَلَاثِ شَرَائِطَ ، أَحَدُهَا : ظُهُورُ أَحْكَامِ الْكُفْرِ فِيهَا وَالثَّانِي : أَنْ تَكُونَ مُتَاخِمَةً لِدَارِ الْكُفْرِ وَالثَّالِثُ : أَنْ لَا يَبْقَى فِيهَا مُسْلِمٌ وَلَا ذِمِّيٌّ آمِنًا بِالْأَمَانِ الْأَوَّلِ ، وَهُوَ أَمَانُ الْمُسْلِمِينَ .

Maksudnya;
”Berkata (Imam) Abu Hanifah, Sesungguhnya (negara Islam) tidak boleh jadi negara al-kufr melainkan ada tiga syarat, (a) tertegak undang-undang Kufr, (b) negara itu terpengaruh dengan negara Al-Kufr, (c) orang Islam dan orang Zimmi tidak mendapat kemamanan[9]

Begitujuga, dalam kitab yang sama menukilkan juga berkata Imam Abu Yusuf dan Muhammad dengan kata mereka;

إنَّهَا تَصِيرُ دَارَ الْكُفْرِ بِظُهُورِ أَحْكَامِ الْكُفْرِ فِيهَا

Maksudnya;
“(Negara Islam) boleh menjadi Negara al-Kufr dengan tertegaknya hukum-hukum Al-Kufr didalamnya”[10]

Dari pemahaman inilah, difahami, Imam Abu Hanifah sendiri berpendirian, kewujudan perlaksanaan undang-undang islam merupakan antara cirri-ciri Negara Islam. Dengan ketiadaan undang-undang Islam yang terlaksana, maka Negara itu telah mengamalkan undang-undang bukan Islam (kafir), maka penjenamaan sesebuah negara sebagai negara Islam ketika itu adalah terbatal.

ASAS NEGARA ISLAM

Bagi memastikan kebenaran disebalik pembuktian bahawa perlaksanaan undang-undang islam merupakan syarat sesebuah Negara itu adalah Negara Islam atau tidak adalah seperti berikut;

Pertama : Surah Al-Haj : 40-41

وَلَيَنْصُرَنَّ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ * الَّذِينَ إِنْ مَكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآَتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ

Maksudnya;
“Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa Yang menolong ugamanya (ugama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa; *. Iaitu mereka (umat Islam) Yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara Yang mungkar. dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan Segala urusan”

Dalam firman Allah ini, dijelaskan beberapa cirri Negara Islam, iaitu adalah seperti berikut;

a. mendirikan solat;
b. menunaikan zakat;
c. menyuruh melakukan ma’ruf dan mencegah dari berlakunya munkar

Kedua : Surah An-Nur : 55

وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آَمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Maksudnya;
“Allah menjanjikan orang-orang Yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (Wahai umat Muhammad) Bahawa ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah Yang memegang Kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana ia telah menjadikan orang-orang Yang sebelum mereka: khalifah-khalifah Yang berkuasa; dan ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) Yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). mereka terus beribadat kepadaKu Dengan tidak mempersekutukan sesuatu Yang lain denganKu. dan (ingatlah) sesiapa Yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang Yang derhaka”

Dalam ayat ini pula, Allah menyatakan ada tiga lagi sifat Negara islam, iaitu seperti berikut;

a. Orang-orang Mukmin berkuasa di muka Bumi;
b. Agama yang diredhai teguh dan dalam dilaksanakan;
c. Wujud keamanan untuk umat Islam

BAHAGIAN KETIGA
HAK-HAK AHLI ZIMMAH DALAM NEGARA ISLAM

Sesebuah negara Islam, rakyatnya bukan sekadar dipenuhi dengan orang islam sahaja, bahkan terdapat juga dalam negara Islam itu orang bukan Islam.

Orang bukan islam yang berada dalam negara Islam mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh pemerintah Islam. Antara hak-hak yang perlu ditunaikan oleh pemerintah kepada non muslim adalah seperti berikut;

a. Hak siasi (hak berpolitik)
b. Hak kebebasan beragama
c. Hak kemasyarakatan

HAK BERPOLITIK

Apabila seseorang non muslim telah melakukan akad Zimmah dalam negara Islam, maka ketika itu, menjadi kewajipan kepada pemerintah menjaga hak non muslim dalam berpolitik.

Antara hak berpolitik yang perlu pemerintah Islam berikan kepada mereka adalah;

a. KEWARGANEGARAAN

Apabila mereka sudah melakukan aqad dengan pemerintah islam, maka wajib pada pihak pemerintah memberi hak kewarganegaraan kepada non muslim tersebut.

Ini jelas dengan tindakan Nabi SAW membina negara Madinah. Semasa membina negara Islam Madinah, tidak semua orang-orang Madinah menganut Islam, bahkan wujud juga sebilangan mereka yang tidak memeluk Islam seperti sebahagian kecil dari kaum Aus dan Yahudi.

Dalam keadaan demikian itu pun, Nabi SAW tidak pernah menafikan hak kewarganegaraan mereka sehingga Baginda SAW telah membuat satu piagam perjanjian antara Kaum Muhajirin dan Ansar dengan Kaum yahudi[11].

Apabila non muslim itu telah diberikan hak kewarganegaraan, maka menjadi kewajipan kepada pemerintah Islam menjaga hak dan keamanan mereka. Kezaliman tidak boleh dilakukan terhadap mereka disamping hukuman hendaklah dikenakan kepada mana-mana orang islam yang melakukan kezaliman terhadap non muslim tersebut.

Sabda Nabi SAW:

مَنْ ظَلَمَ مُعَاهِدًا أَوْ انْتَقَصَهُ أَوْ كَلَّفَهُ فَوْقَ طَاقَتِهِ أَوْ أَخَذَ مِنْهُ شَيْئًا بِغَيْرِ طِيبِ نَفْسٍ فَأَنَا حَجِيجُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya;
“Barangsiapa yang melakukan kezaliman terhadap orang kafir yang ada perjanjian dengan pemerintah islam, atau membatalkan haknya, memberatkan kepadanya lebih dari kadar kemampuannya, mengambil daripadanya dengan cara yang tidak baik, maka aku akan mempertahankanya di hari Kiamat[12]

Dan juga hadis;

من آذى ذميًا فقد آذاني ومن آذاني فقد آذى الله

Maksudnya;
“Barangsiapa menyakiti Zimmi, maka dia telah menyakitiku, barangsiapa menyakitiku, maka sesungguhnya dia telah menyakiti Allah[13]

Nyawa kafir zimmi hendaklah dijaga oleh pemerintah Islam. membunuh kafir zimmi dengan tiada hak merupakan salah satu dosa besar.

Sabda Nabi SAW:

مَنْ قَتَلَ مُعَاهَدًا لَمْ يَرِحْ رَائِحَةَ الْجَنَّةِ وَإِنَّ رِيحَهَا تُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ أَرْبَعِينَ عَامًا

Maksudnya;
“Barangsiapa yang membunuh kafir yang ada perjanjian, maka dia tidak akan dapat membau bauan syurga, padahal bau syurga itu didapati walaupun jarak perjalanan itu mengambil masa 40 tahun sekalipun[14]

Sekiranya orang Islam telah membunuh orang kafir zimmi, maka dalam hal ini, ulama berselisih pendapat. Ada ulama menyatakan, tidak boleh membunuh balas (laksanakan hukum qisas) terhadap orang islam tersebut.

Walaubagaimanapun, Dr Yusuf Al-Qaradhawi mentarjih pendapat bahawa, hendaklah orang islam itu dikenakan hukuman bunuh balas apabila dia membunuh orang, samada orang yang dibunuh itu muslim atau kafir zimmi[15].

Beliau berdalilkan dengan maksud umum dari firman Allah;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِصَاصُ فِي الْقَتْلَى الْحُرُّ بِالْحُرِّ وَالْعَبْدُ بِالْعَبْدِ وَالْأُنْثَى بِالْأُنْثَى

Maksudnya;
” Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qishaash berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh; orang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba, dan wanita dengan wanita”

(Surah Al-Baqarah : 178)

b. BERHAK MEMEGANG JAWATAN KERAJAAN

Menurut Syariah, jawatan dalam kerajaan merupakan hak bersama, bukan hak individu tertentu sahaja. ianya adalah untuk menjaga maslahat untuk semua kehidupan rakyat dalam sesebuah negara.

Dengan sebab itu, Islam meletakkan bahawa, jawatan kerajaan merupakan amanah yang berat. Baginda SAW tidak akan memberi jawatan kepada orang yang meminta. Ianya adalah dibimbangi, dengan keghairahan dia menghendaki jawatan itu, menyebabkan dia tidak dapat menunaikan tanggungjawab yang ada disebalik jawatan yang diberatkan kepadanya.

Diceritakan dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim, daripada Abu musa Al-’Asy’Ari yang berkata, bahawa ada dua orang lelaki datang berjumpa dengan Nabi SAW. Salah seorang itu berkata, ”Ya Rasulullah SAW, Kami telah laksanakan segala perkara yang Allah suruh kamu lakukan”. Dan seorang lelaki lagi berkata dengan perkataan yang sama. Mendengar kata-kata mereka itu, menyebabkan Nabi SAW bersabda;

إِنَّا وَاللَّهِ لَا نُوَلِّي عَلَى هَذَا الْعَمَلِ أَحَدًا سَأَلَهُ وَلَا أَحَدًا حَرَصَ عَلَيْهِ

Maksudnya;
”Sesungguhnya demi Allah, kami tidak akan melantik seorang pun yang meminta jawatan untuk mengurus sesuatu kerja. Dan juga kami tidak akan melantik seorang pun yang berseronok dengan jawatannya[16]

Pun begitu, dalam hal yang berkaitan dengan jawatan kerajaan yang diberikan kepada zimmi, ada beberapa perkara yang perlu dibincangkan dalam tulisan ini, iaitu adalah seperti berikut;

Jawatan dari sudut agama

Ulama salaf dan Khalaf sepakat menyatakan bahawa, zimmi tidak boleh memegang jawatan yang berkaitan dengan agama.

Firman Allah:

وَلَنْ يَجْعَلَ اللَّهُ لِلْكَافِرِينَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ سَبِيلًا

Maksudnya;
” Allah sekali-kali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir terhadap orang-orang yang beriman”

(Surah An-Nisa’ : 141)

Dari ayat ini, jelas bahawa orang kafir tidak boleh memegang jawatan yang melibatkan kepada agama. Hal ini dikuatkan lagi dengan kata-kata Imam Al-Mawardi dalam kitabnya yang masyhur bertajuk ”Al-Ahkam As-Sultaniyyah”:

أجمع الفقهاء على أن الولايات التي تتصل بأمور العقيدة لا يجوز أن يتقلد إلا مسلم

Maksudnya;
“Fuqaha’ telah sepakat atas sesungguhnya jawatan yang berkaian dengan perkara aqidah, tidak harus dipegang melainkan orang islam”[17]

Termasuk dibawah maksud perkara jawatan agama yang tidak boleh dipegang oleh orang kafir adalah jawatan ketua Negara. Larangan ini adalah bersebab, ketua Negara adalah orang yang akan melaksanakan agama dalam sesebuah Negara. Jika orang kafir memegang jawatan ketua Negara, ini akan menyebabkan berlaku kekacauan bersebabkan orang kafir tidak memahami Islam.

Disamping itu juga, orang kafir bukanlah termasuk dibawah maksud ulil Amri seperti disebut oleh Allah dalam firman-Nya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ

Maksudnya;
“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu”

(Surah An-Nisa’ : 59)

Begitujuga, tidak dibenarkan juga kepada zimmi memegang jawatan kehakiman. Berdasarkan kepada syariah, kehakiman hendaklah merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Ekoran dari itu, mana mungkin non muslim memahami kandungan Al-Quran dan As-Sunnah dalam melakukan keadilan.

Jawatan dari sudut ketenteraan

Dari sudut ketenteraan, Islam memandang ianya adalah perkara yang berkaitan dengan jihad. Ekoran dari itu, bagi memegang jawatan tertinggi dalam tentera, tidak dibenarkan kepada orang kafir zimmi memegangnya.

Firman Allah:

وَلَنْ يَجْعَلَ اللَّهُ لِلْكَافِرِينَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ سَبِيلًا

Maksudnya;
” Allah sekali-kali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir terhadap orang-orang yang beriman”

(Surah An-Nisa’ : 141)

Jawatan yang tidak berkaitan dengan agama

Adapun jawatan yang tidak berkaitan dengan agama, seperti jawatan kementerian penerangan, kementerian kerjaraya atau semua jawatan yang disebut sebagai ”tanfiz” atau jawatan yang tugasnya sekadar melaksanakan tugasan yang telah diamanah oleh ketua negara yang tidak melibatkan kepada kekuasaan dalam menggubal undang-undang negara, maka itu dibenarkan kepada non muslim memegangnya.

Pun begitu, kebenaran itu tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Ianya bertujuan, agar tidak berlaku pengkhianatan terhadap sesebuah kerajaan islam.

Antara syarat-syarat itu adalah[18];

1. hendaklah zimmi itu dikenali sebagai orang yang amanah.
2. dipercayai pada percakapannya.
3. tidak tamak
4. yang tiada permusuhan dengan orang islam
5. cerdik dan pandai
6. orang yang tidak mengikut hawa nafsu.

Keizinan ini dinyatakan secara jelas oleh Imam Al-Mawardi dalam kitabnya yang bertajuk ”Al-Ahkam As-Sultaniyyah” dengan katanya:

وَيَجُوزُ أَنْ يَكُونَ هَذَا الْوَزِيرُ مِنْ أَهْلِ الذِّمَّةِ وَإِنْ لَمْ يَجُزْ أَنْ يَكُونَ وَزِيرُ التَّفْوِيضِ مِنْهُمْ

Maksudnya;
”Dan harus bahawa menteri ini diberikan kepada Ahl Az-Zimmah, walaupun ianya tidak harus pada jawatan kementerian At-Tafwidh[19] dikalangan mereka[20]

Keizinan ini adalah bersandarkan keizinan meminta bantuan dari non muslim, bahkan ianya juga merupakan salah satu cara memberi keadilan kepada orang bukan Islam dalam sesebuah negara Islam.

Firman Allah:

لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ * إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَنْ تَوَلَّوْهُمْ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Maksudnya;
” Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.* Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangimu karena agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”

(Surah Al-Mumtahanah : 8-9)

c. KEBEBASAN BERSUARA

Islam tidak melarang golongan non muslim menyatakan hak-hak mereka, disamping membenarkan bebas bersuara dalam mengeluarkan pandangan masing-masing.

Tiada satu nas pun dari Al-Quran atau hadis yang melarang golongan non muslim untuk menyampaikan pandangan mereka. Keizinan itu hendaklah selagi mereka tidak mempertikaikan dasar pemerintahan Islam dan tidak mengganggu keamanan, kedaulatan undang-undang dan orang-orang islam dalam sesebuah negara Islam.

Firman Allah;

وَلَا تُجَادِلُوا أَهْلَ الْكِتَابِ إِلَّا بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِلَّا الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْهُمْ

Maksudnya;
” Dan janganlah kamu berdebat denganAhli Kitab, melainkan dengan cara yang paling baik, kecuali dengan orang-orang zalim di antara mereka”

(Surah Al-’Ankabut : 46)

HAK KEBEBASAN BERAGAMA

Islam tidak pernah memaksa orang bukan islam supaya mereka memeluk Islam. Pun begitu, Islam mengambil sikap sering menerangkan Islam kepada mereka agar mereka memeluk Islam. Jika mereka tidak menerima, itu adalah hak mereka dan semuanya diserahkan kepada Allah SWT.

Firman Allah;

لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لَا انْفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Maksudnya;
” Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

(Surah Al-Baqarah : 256)

Firman Allah ini jelas menyatakan bahawa Islam bukan agama yang memaksa agar orang menganutinya. Bahkan, Islam mengajar manusia agar menggunakan akal pemikiran dengan sebaiknya untuk mereka menganut Islam.

Disamping itu juga, haram bagi pemerintahan islam menggangu tempat peribadatan dan syiar agama mereka[21].

Keadaan ini berlaku pada zaman Omar bin Al-Khattab yang telah menulis satu surat kepada Ahl Al-Quds, yang kandungan surat itu adalah seperti berikut;

هذا ما أعطى عبدالله عمر أمير المؤمنين أهل أيلياء من الأمان : أعطاهم أمانا لأنفسهم و أموالهم و كنائسهم

Maksudnya;
“Ini adalah pemberian Abdullah Omar Amir Al-Mu’minin kepada Ahl Iilya’ daripada keamanan, Dia memberi keamaman terhadap nyawa mereka, harta mereka dan gereja-gereja mereka[22]

Apabila sudah ada tempat peribadatan mereka yang sudah lama lagi wujud, maka tidak dibenarkan pihak kerajaan Islam meruntuhkannya melainkan bersebab.

Ini dibuktikan dengan tindakan kebanyakan sahabat-sahabat Rasulullah yang tidak meruntuhkan rumah ibadat orang bukan Islam. Omar bin Abdul Aziz telah menulis surat kepada pegawai-pegawainya agar tidak meruntuhkan gereja dan rumah penyembahan api[23].

MEMBINA RUMAH IBADAT

Dalam keadaan itu, ulama berselisih dalam menentukan hukum membina tempat ibadat mereka, apabila ditempat tersebut masih belum ada lagi tempat ibadat.

Menurut Malikiyyah, dibenarkan mereka membina tempat peribadatan mereka, sekiranya tiada di situ penempatan orang islam.

Pendapat ini disokong oleh Imam Al-Kasani dalam kitabnya yang bertajuk “Badai As-Sanai” dan sebilangan lagi dikalangan ulama bermazhab hanafi.

Sekiranya didapati di suatu tempat itu adalah kawasan orang islam, tetapi didapati juga manoriti orang non muslim yang memohon untuk membina tempat ibadat mereka di situ. Dalam hal ini, Imam Ibnu Qasim yang bermazhab Maliki membenarkannya, tetapi bersyarat, iaitu hendaklah mendapat keizinan dari pihak pemerintah terlebih dahulu[24].

HAK KEMASYARAKATAN

Apabila dikatakan Negara, sudah pasti terdapat dalam Negara tersebut masyarakat. Masyarakat yang dimaksudkan, bukan sekadar mereka yang beragama Islam, bahkan terdapat juga mereka yang tidak beragama Islam.

Islam adalah agama yang tidak pernah mengabaikan hak kemasyarakatan, hatta kepada non muslim sekalipun.

Ekoran dari itu, Islam telah menetapkan beberapa perkara penting dalam menentukan hak kemasyarakatan yang perlu ditunaikan oleh pihak orang islam terhadap non muslim dalam sesebuah Negara islam.

Antara perkara penting dalam perbincangan ini adalah seperti berikut;

a. Bergaul dengan mereka

Islam mengajar kepada manusia agar hidup dalam keadaan berkasih sayang dan tegur menegur sesama kita. Galakan itu tidak dikhususkan kepada sesama muslim sahaja, bahkan terhadap non muslim juga.

Pun begitu, ada sebilangan manusia menganggap berkasih sayang dengan non muslim adalah terlarang. Mereka menyandarkan perbuatan mereka dengan firman Allah;

لَا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ فَلَيْسَ مِنَ اللَّهِ فِي شَيْءٍ إِلَّا أَنْ تَتَّقُوا مِنْهُمْ تُقَاةً وَيُحَذِّرُكُمُ اللَّهُ نَفْسَهُ وَإِلَى اللَّهِ الْمَصِيرُ

Maksudnya;
“Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan Allah, kecuali karena (siasat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksa)-Nya. Dan hanya kepada Allah kembali”

(Surah Al-Imran : 28)

Firman Allah ini tidak boleh menjadi modal kepada kita untuk menjadikan non muslim sebagai musuh. Adapun maksud sebenar bagi ayat ini adalah larangan dari Allah daripada menjadikan non muslim menguasai orang Islam. Disamping, larangan itu bermaksud berkasih sayang dengan mereka dalam membenci Islam dengan menyerang Allah dan Rasul-Nya.

Firman Allah;

لَا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آَبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ

Maksudnya;
” Kamu tak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka”

(Surah Al-Mujadalah : 22)

Maka dengan itu, dari firman Allah ini memberi faham kepada kita, larangan berkasih sayang itu adalah larangan dalam menyerang Allah dan Rasul-Nya, adapun berkasih sayang dengan mereka dalam keadaan tidak menyerang Allah dan Rasul-Nya, ianya adalah perkara yang digalakan dalam Islam, bahkan galakkan itu bertambah, sekiranya dengan berkasih sayang itu boleh menyeru mereka kepada Islam.

b. Buat baik dengan mereka

Buat baik dengan non muslim dalam negara Islam adalah perkara yang dituntut dalam Islam.

Firman Allah;

لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

Maksudnya;
” Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.”

(Surah Al-Mumtahanah : 8)

Begitujuga hadis, daripada Abdullah bin ’Amr berkata, bersabda Nabi SAW:

الرَّاحِمُونَ يَرْحَمُهُمْ الرَّحْمَنُ ارْحَمُوا مَنْ فِي الْأَرْضِ يَرْحَمْكُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ

Maksudnya;
”Orang yang berkasih sayang sentiasa disayangi oleh tuhan yang maha pemurah. Sayangilah mereka di bumi, nescaya akan menyayangi kamu mereka di langit[25]

Menurut pengarang kitab Aun Al-Ma’bud, yang dimaksud dengan orang yang berkasih sayang dalam hadis ini adalah kepada manusia (tidak kira muslim atau kafir) dan kepada haiwan, iaitu tidak dibenarkan membunuh mereka melainkan dengan kebenaran[26].

c. menghormati perayaan mereka

Islam mengajar kepada muslim agar sentiasa menghormati manusia, samada sesama muslim atau kepada kafir. Menghormati kafir itu sehinggakan kepada perayaan mereka.

Maka dengan itu, Dr Yusuf Al-Qaradhawi membenarkan mengucapkan tahniah dengan kedatangan perayaan mereka, walaupun pandangan ini menyalahi pandangan Imam Ibnu taimiyyah yang menyatakan atas keharamannya dalam satu kitab karangan beliau yang bertajuk ”Iqtida’ As-Sirat Al-Mustaqim”.

Dr Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan dalam kitabnya yang bertajuk ”Fatawa Muasarah”, bahawa harus mengucapkan tahniah dengan kedatangan perayaan keagamaan non muslim. Keizinan itu adalah berasaskan kepada sifat kemanusiaan, bukan mengi’tiraf agama mereka.

Firman Allah;

وَإِذَا حُيِّيتُمْ بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ حَسِيبًا

Maksudnya;
” Apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik dari padanya, atau balaslah penghormatan itu (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungankan segala sesuatu.”

(Surah An-Nisa’ : 86)[27]

d. menziarahi orang sakit di kalangan mereka

antara ciri-ciri kemasyarakatan dalam Islam adalah menziarahi orang sakit, hatta kepada non muslim sekalipun. Dengan sakit yang menimpa merupakan satu musabah yang menimpa, maka dengan kehadiran orang Muslim kepada mereka, merupakan pengubat duka dalam mereka menghadapi musibah yang menimpa.

Perkara ini tidak bercanggah dengan islam, bahkan ianya amat digalakan disebabkan melihat kepada amalan Rasulullah SAW sendiri.

Dalam satu hadis Riwayat Al-Bukhari, Daripada Anas bin Malik yang berkata:

كَانَ غُلَامٌ يَهُودِيٌّ يَخْدُمُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَمَرِضَ فَأَتَاهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعُودُهُ فَقَعَدَ عِنْدَ رَأْسِهِ فَقَالَ لَهُ أَسْلِمْ فَنَظَرَ إِلَى أَبِيهِ وَهُوَ عِنْدَهُ فَقَالَ لَهُ أَطِعْ أَبَا الْقَاسِمِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَسْلَمَ فَخَرَجَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَقُولُ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنْقَذَهُ مِنْ النَّارِ

Maksudnya;
”Seorang budak yahudi yang sentiasa berkhidmat kepada Nabi SAW telah ditimpa sakit. Nabi SAW telah datang menziarahinya, lalu duduk di bahagian kepalanya. Baginda SAW berkata kepadanya, Islamlah kamu !!. dia melihat kepada bapanya yang berada disisinya. berkata bapanya kepadanya, ikutlah akan Abu Qasim (nabi) SAW, menyebabkan dia Islam. Lalu nabi SAW keluar seraya berkata, Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkannya dari Neraka[28]

PENUTUP

Jika hendak diceritakan tentang tanggungjawab yang perlu ditunaikan oleh pihak kerajaan terhadap non muslim amat banyak. Walaubagaimanapun, kertas kerja ini sedikit sebanyak menggambarkan kepada kita bahawa, pemerintahan islam bukanlah seperti yang digambarkan oleh sebilangan manusia sebagai pemerintahan yang akan menindas golongan non muslim.

Apa yang jelas, pemerintahan islam merupakan pemerintahan yang paling adil. Keadilan yang dijanjikan oleh islam tidak sekadar berlegar dikalangan umat Islam sahaja, bahkan menjangkau kepada mereka yang tidak beragama Islam.

Mudah-mudahan dengan penjelasan ini menjadikan kita memahami bahawa Islam bukanlah agama yang disalah ertikan sebagai agama yang menindas, bahkan Islam adalah agama yang memberi rahmat kepada seluruh manusia dan alam ini.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://al-Bakistani.blogspot.com

abu_abdillah_azzam@yahoo.com

[1] Musnad Ahmad : 22391
[2] Akhbar Makkah : 713
[3] Ahkam Az-Zimmiyin wa Al-Musta’minin : m.s 22
[4] Al-Aqalliyat Ghar Al-Muslimah Fi Mujtama’ Al-Islami : m.s 109.
[5] Sahih Muslim : hadis no : 3261.
[6] Negara Islam : antara reality dan Cabaran : m/s 6.
[7] Pengantar Ilmu Mantiq : m.s 105.
[8] Kertas kerja : definisi dan prinsip asas Negara Islam : m/s 7
[9] Badai Al-Sanai : 15/406.
[10] Badai’ As-Sanai’ : 15/406.
[11] Sirah dan riwayat hidup Nabi Muhammad SAW : m.s 422. dan Al-Aqalliyyat Ghair Al-Muslimah fi Mujtama’ Al-Islami : m.s 153.
[12] Sunan Abi Daud : 2654.
[13] Hadis ini dinilai doif oleh Syaikh Albani dalam kitabnya yang bertajuk “Ghayah Al-Muram” : m.s 269
[14] Sahih Al-Bukhari : 2930.
[15] http://www.islamonline.net/Arabic/contemporary/2005/07/article01.shtml
[16] Sahih Muslim : 3402.
[17] Al-Aqalliyat Ghair Al-Muslimah fi Mujtama’ Al-Islami : m.s 164.
[18] Al-Aqalliyat Ghair Al-Muslimah Fi Mujtama’ Al-Islami : m.s 175.
[19]Wizarah al-Tafwidh: golongan yang memegang portfolio ini adalah orang yang diberikan kuasa oleh khalifah untuk mentadbir urusan-urusan negara mengikut pandangannya serta melaksanakan sesuatu perkara berpandukan kepada ijtihadnya
[20] Al-Ahkam As-Sultaniyyah : m.s 44.
[21] Ulama sepakat menyatakan bahawa mereka boleh melakukan apa sahaja syiar agama mereka dalam tempat ibadat mereka. Adapun di luar tempat ibadat, ulama berselisih dalam hal ini. Sebilangan ulama membenarkan mereka menzahirkan syiar mereka di luar tempat ibadat. Ulama yang membenarkan itu adalah Al-Kasani dengan katanya;

فِي الْقُرَى أَوْ فِي مَوْضِعٍ لَيْسَ مِنْ أَمْصَارِ الْمُسْلِمِينَ فَلَا يُمْنَعُونَ مِنْ إحْدَاثِ الْكَنَائِسِ وَالْبِيَعِ ، كَمَا لَا يُمْنَعُونَ مِنْ إظْهَارِ بَيْعِ الْخُمُورِ وَالْخَنَازِيرِ

Maksudnya;
“Dalam negeri atau tempat yang bukan tempat orang islam, tidak ditegah mewujudkan gereja dan Biya’ (gereja yahudi), sepertimana tidak ditegah menjual arak dan babi” (Badai As-Sanai : 15/240)

Keizinan yang dinyatakan ini, sekiranya tempat itu adalah kawasan penempatan orang non muslim. Adapun pada penempatan orang islam, maka itu di larang. Ini ditegaskan oleh Al-Qurafi.

Dalam mengulas isu ini, Dr Abdul Karim Zaidan berpendapat, larangan ulama dengan menegah zimmi menzahirkan syiar agama mereka di luar gereja di penempatan orang islam adalah kerana hendak menjaga maslahat umum bagi negara Islam.

Maka dengan itulah, Ulama tidak pernah melarang mereka menzahirkan syiar agama mereka di penempatan yang terdiri dikalangan mereka sahaja.

Keadaan ini dilihat kepada kejadian yang berlaku pada zaman Khalid bin Al-Walid yang membenarkan Ahl ’Anat menzahirkan syiar agama mereka di penempatan mereka.

Dalam pada itu, Dandal Jabar, penulis kitab Al-Aqalliyat Ghair Al-Muslimah fi Mujtama’ Al-Islami menyatakan, pemerintah Islam boleh membenarkan kepada Ahl Zimmah menzahirkan syiar agama mereka di penempatan orang Islam dan selainnya, itupun hendaklah aman dari fitnah dan terselamat dari fitnah. (Al-Aqalliyat Ghair Al-Muslimah fi Mujtama’ Al-Islami: m.s. 302.

[22] Tarikh Al-Rusul wa Al-Muluk : 2/308.
[23] Al-Aqalliyat Ghair Al-Muslimah Fi Mujtama’ Al-Islami : m.s 288
[24] Ibid : m.s 292
[25] Sunan Abi Daud : 4290 / Sunan At-Tarmizi : 1847 / Musnad Ahmad : 6206.
[26] Aun Al-Ma’bud : 10/472.
[27] Al-Fatawa al-maasarah : 3/672
[28] Sahih Al-Bukhari : 1268.

Hukum Menyambut Maulidur Rasul




Perayaan Maulidur rasul telah diasaskan oleh kerajaan Fatimiah di Mesir. Kerajaan Fatimah telah merayakan perayaan ini secara besar-besaran. Bukan hanya hari jadi Rasulullah saw sahaja yang dirayakan, tetapi juga ahli keluarga Nabi saw seperti Zainab, Hassan, Hussain (r.a.). juga dirayakan. Bahkan mereka juga merayakan kelahiran Nabi Isa as.Walaubagaimanapun, semua perayaan ini telah dihentikan pada tahun 488 atas perintah Perdana Menteri al-Afdal Shahindah pada ketika itu yang berpegang kuat pada sunnah seperti tercatit di dalam buku Al-Kamel, karangan Ibnu Al-Atheer. Masyarakat berhenti merayakannya sehingga Al-Ma€ ¦’²moon Al-Bataa€ ¦’²ni memegang kuasa kerajaan. Beliau telah yang memulakan kembali perayaan yang telah dihentikan sebelum itu.Apabila Kerajaan al-Ayubbiah merampas kuasa, semua perayaan telah dihentikan. Namun begitu, masyarakat tetap merayakannya dikalangan keluarga mereka di dalam rumah. Pada Abad ke 7, Putera Muzafar Al-Deen Abi Sa€ ¦’²d Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen `Ali- Ibn Tabakatikin telah mewartakan perayaan Maulid Nabi di Bandar Irbil. Beliau merupakan seorang sunni. Muzafar mengambil berat akan perayaan ini sehingga memerintahkan agar persediaan seperti mendirikan khemah, menghias khemah dan pelbagai lagi dilaksanakan seawal dan sebaik mungkin. Setiap kali selepas solat Asar, Muzafar akan menyaksikan perayaan ini di dalam khemah yang telah didirikan itu.Perayaan diadakan pada 8 Rabiulawal dan kadang-kadang 12 Rabiulawal. Sambutannya diisikan dengan pelbagai acara antaranya membaca sejarah Nabi (s.a.w.) sehinggalah kepada menghias binatang ternakan untuk disembelih kemudian diadakan jamuan besar-besaran.Berkata Ibnu Haajj Abu Abdullah Al-Abdari, perayaan tersebut tersebar luas di seluruh Mesir pada zaman pemerintahan Putera Muzafar ini. Beliau menentang akan perayaan yang diadakan. Banyak buku telah ditulis mengenai perayan Maulidur Rasul ini antara penulisnya ialah Ibn Dahya, meniggal dunia pada 633, Muhy Ed-Deen Ibn Al-`Arabi, meniggal di Damascus pada 683, Ibn Taghrabik, meniggal di Mesir pada 670, dan Ahmad Al-`Azli dan anaknya Muhammad, meniggal di Sebata pada 670.Oleh kerana amalan bid€ ¦’²ah yang banyak ketika perayaan itu, ulama€ ¦’² telah berbeza pendapat akan kebolehan merayakan Maulid Nabi ini. Pendapat pertama membolehkan perayaan ini manakala pendapat yang kedua mengatakan sebaliknya. Antara yang membolehkan ialah As-Siyooti, Ibn Hajar Al-`Asqalaani dan Ibn Hajar Al-Haythmi. Walaupun mereka bersetuju dengan perayaan ini, mereka tetap membangkang aturcara ketika Maulid itu(pada zamannya).APAKAH HUKUM SAMBUTAN MAULUD?? HUKUM MAULIDSeperti yang telah diketahui, perayaan Maulidur Rasul ini merupakan satu perayaan yang kontroversi. Ulama€ ¦’² berbeza pendapat akan kebolehan perayaan ini. Kita sebagai masyarakat awam tersepit antara dua pendapat. Yang mana perlu kita turuti. Sedangkan kedua-dua belah pihak terdiri daripada ulama€ ¦’²-ulama€ ¦’² yang hebat dan tidak boleh ditolak lagi akan kewibawaan mereka. Di dalam artikel ini, akan dilampirkan kedua-dua belah hujah setakat mana yang mampu dikumpulkan. Melalui cara ini, kita dapat menilai sendiri yang manakah mempunyai hujah yang kuat. Dan insya Allah, kita akan berada di jalan yang benar.HUJAH MEMBOLEHKAN MAULIDUR RASULAntara ulama€ ¦’² yang menyokong akan Maulidur Rasul ialah Imam Jalaluddin Sayuti dan Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan.Telah berkata Imam Jalaluddin Sayuti:"Ibadat macam itu adalah bid'ah Hasanah (bid'ah baik) yang diberi pahala mengerjakannya kerana dalam amal ibadat itu terdapat suasana membesarkan Nabi, melahirkan kesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Muhammad SAW yang mulia".Dan berkata Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan:€ ¦’³Telah berlaku kebiasaan bahawa orang apabila mendengar kisah Nabi dilahirkan, maka ketika Nabi lahir itu mereka berdiri bersama-sama untuk meghormati dan membesarkan Nabi Muhammad saw. Berdiri itu adalah hal yang mustahsan (bai) kerana dasarnya ialah membesarkan Nabi Muhammad saw dan sesungguhnya telah mengerjakan hal serupa itu banyak dari ulama-ulama ikutan umat.€ ¦’´Berkata pula Syeikh Atiah Saqr:€ ¦’³Saya berpendapat tidak menjadi kesalahan untuk menyambut maulid. Apatah lagi di zaman ini pemuda pemudi Islam semakin lupa dengan agama dan kemuliannya. Perlu juga diingat sambutan tersebut janganlah dicemari oleh perkara-perkara haram dan bid€ ¦’²ah. Seperti pergaulan antara lelaki dan wanita tanpa batas. Kita juga tidak sewajarnya menjadikan sambutan ini sebagai satu tradisi yang khusus, sehingga timbul dalam kefahaman masyarakat jika sesuatu acara tidak dilansungkan maka seseorang itu dikira telah berdosa dan melanggar syariat.€ ¦’´Syeikh Yusuf Qardawi juga telah memberi komen mengenai maulid ini.Beliau berkata(ringkasan):€ ¦’³Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah saw tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah saw. Ini adalah kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah saw dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah saw itu kekal di dalam hati dan juga ingatan. Sa€ ¦’²d Abi Waqas mengatakan bahawa beliau begitu ghairah untuk menceritakan mengenai Rasulullah saw kepada kanak-kanak sama sepertiman keghairahan mereka mendidik anak-anak itu Al-Quran. Oleh kerana mereka sering menceritakan sejarah perjuangan Rasulullah saw, maka tidak perlulah mereka merayakan sepertimana dirayakan Maulid ar-Rasul kini.Walaubagaimanapun, generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesannya. Dengan itu, perayaan Maulid Rasul ini diadakan bertujuan untuk mengingati sejarah Islam ketika Rasulullah saw masih hidup. Tetapi malangnya, Maulid Rasul ini telah bercampur dengan amalan bid€ ¦’²ah yang ditentang oleh Islam. Sebenarnya, meraikan hari kelahiran nabi bermakna meraikan hari kelahiran Islam.Maka dibolehkan meraikan Maulid nabi ini dengan syarat tidak dicampur-adukkan dengan perkara-perkara bid€ ¦’²ah. Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang menceritakan akan sejarah Islam.€ ¦’´Berikut adalah antara dalil-dalil yang menjadi hujah bagi yang membolehkan Maulid ini:1) Allah berfirman:€ ¦’³maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran) mereka itulah yang beruntung.€ ¦’´ - Al-Araf: 157Keterangan:Tujuan maulud diadakan adalah untuk memuliakan Nabi Muhammad saw. Maka perayaan maulud masuk dalam umum ayat tersebut.2) Firman Allah:€ ¦’³Dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah.€ ¦’´-Ibrahim. Ayat 5Keterangan:Al-Baihaqi di dalam € ¦’³Syakbu al-Iman€ ¦’´ daripada Ubai bin Kaab daripada Nabi saw, sesungguhnya baginda menafsirkan € ¦’±hari-hari Allah€ ¦’² ialah hari-hari nikmat dan kurniaan Allah. Al-Alusi dalam Ruh al-Ma€ ¦’²ani menjelaskan lagi dengan katanya € ¦’³kelahiran Nabi saw merupakan nikmat yang paling besar.€ ¦’´3) Bahawasanya Nabi Muhammad saw datang ke Madinah maka beliau mendapati orang-orang yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharram, maka Nabi bertanya kepada orang yahudi itu: € ¦’³Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura?€ ¦’´Jawab mereka: € ¦’³Ini adalah hari peringatan, pada hari serupa itu dikaramkan Firaun dan pada hari serupa itu Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan.€ ¦’´ Maka Nabi berkata: € ¦’³Kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu.€ ¦’´ € ¦’¶ [Riwayat Bukhari dan Muslim.]Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Syarah Bukhari yang bernama Fathul Bari berkata bahawa dari hadis ini dapat dipetik hukum:- Umat Islam dibolehkan bahkan dianjurkan memperingati hari-hari bersejarah, hari-hari yang dianggap besar umpamanya hari-hari maulud, mi€ ¦’²raj dan lain-lain.- Nabi pun memperingati hari karamnya Firaun dan bebasnya Musa dengan melakukan puasa Asyura sebagai bersyukur atas hapusnya yang batil dan tegaknya yang hak.4) Dalam sahih Muslim daripada Abi Qatadah al-Ansari berkata: Nabi (s.a.w.) telah ditanya tentang puasa pada hari Isnin lalu baginda bersabda: € ¦’³Di hari tersebutlah aku dilahirkan dan di hari tersebut jugalah aku diutuskan.€ ¦’´Keterangan:Rasul saw menegaskan kelebihan hari kelahirannya berbanding hari-hari lain. Oleh itu setiap mukmin sewajarnya berlumba-lumba beramal dan bersyukur dengan kelahiran baginda saw yang membawa rahmat kepada seluruh alam.HUJAH MENENTANG MAULIDUR RASULBerikut antara pendapat yang menentang bersertakan hujah mereka:1)Nabi Muhammad saw tidak pernah merayakan atau menyuruh umatnya untuk merayakan hari kelahirannya. Nabi saw telah menekankan agar jangan memperbesarkannya sepertimana orang kristian memperbesarkan Nabi Isa as. Ini dijelaskan di dalam hadis riwayat Bukhari:Baginda bersabda, € ¦’³Jangan memperbesarkan mengenai aku seperti Kristian memperbesarkan mengenai anak Maryam. Aku hanyalah hamba, jadi katakanlah, € ¦’±hamba Allah dan pesuruh Nya.€ ¦’´(Au Qoma Qol)Apa yang telah disuruh Rasulullah saw hanyalah menyuruh umatnya menjadikan hari kelahirannya satu hari untuk beribadat yang mana berbeza dengan perayaan. Bertepatanlah dengan hadis di bawah:Dalam sahih Muslim daripada Abi Qatadah al-Ansari berkata: Nabi (s.a.w.) telah ditanya tentang puasa pada hari Isnin lalu baginda bersabda: € ¦’³Di hari tersebutlah aku dilahirkan dan di hari tersebut jugalah aku diutuskan.€ ¦’´€ ¦’³’¥Dan hendaklah kamu menjauhi perkara-perkara yang diada-adakan , kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid€ ¦’²ah , dan setiap bid€ ¦’²ah itu adalah sesat € ¦’³ . [Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud]2)Para sahabat Rasulullah dan juga umat Rasulullah saw pada 3 abad kemudian tidak pernah merayakannya walaupun merekalah orang yang lebih mencintai Rasulullah saw lebih dari umat terkemudian..Hadis Imran bin Husain r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya yang terbaik dari kalangan kamu ialah sezaman denganku, kemudian orang yang hidup selepas zaman aku, setelah itu orang yang hidup selepas mereka. Imran berkata: Aku tidak mengetahui kenapakah Rasulullah s.a.w menyebut selepas kurunnya sebanyak dua atau tiga kali. Selepas itu datang satu kaum yang di minta memberi penyaksian tetapi tidak di beri penyaksian, yang berkhianat sehingga tidak boleh dipercayai, yang suka bernazar tetapi tidak melaksanakannya dan sukakan kemewahan. Perayaan Maulid Nabi datang beberapa abad kemudian yang mana ciri-ciri Agama Islam yang sebenar sudah hilang dan bid€ ¦’²ah berleluasa.3)Allah berfirman di dalam Al-Quran:Katakanlah, "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu,Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. "Katakanlah, "Taatilah Allah dan Rasul-Nya; Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir". (QS. 3:31-32)Ayat di atas menerangkan cara menunjukkan kasih sayang yang sebenar yang patut dilakukan kepada Rasulullah saw. Ayat yang pertama di atas menjelaskan bahawa cinta itu hanyalah pengakuan, tetapi buktinya ialah menuruti apa yang Rasulullah saw bawakan. Manakla ayat kedua menekankan kepentingan dalam menuruti kehendak Allah dan Rasul Nya. Allah menyudahi ayat di atas dengan ancaman yang keras bahawa sesiapa yang tidak mahu mentaati adalah kafir dan Allah tidak mencintai orang kafir.Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agamamu. (QS. 5:3)Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. (QS. 33:21)4)Kata-kata sahabat Rasulullah saw:Huzaufah Ibnu Al-Yamaan ra berkata : "Setiap ibadah yg tidak dilakukan oleh sahabat Rasulullah saw, maka janganlah melakukannya"Dan berkata Ibnu Mas'ud :"Ikutlah (sunnah) dan jangan menambah, dan telah cukup bagi kamu - perbuatan yg lama (kekal dengan cara lama)"