MB KEDAH – Ustaz Haji Azizan Bin Abdul Razak
Ustaz Azizan merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah yang menggantikan almarhum Tuan Guru Ustaz Dato' Fadhil Noor yang juga merupakan bekas Presiden PAS. Beliau ahli adun yang mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada tahun 2004.

Pendidikan
Ustaz Azizan berusia 64 tahun merupakan bekas pelajar Maktab Mahmud, Alor Setar pada tahun 1966. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar kursus Sarjana Muda Syariah pada tahun1972. Seterusnya beliau mengambil Masters Phil in Law, Department of Law, Universiti of Kent Canterbury, England pada tahun 1978.Pengalaman Kerjaya
Beliau merupakan bekas pensyarah dan pernah diamanahkan memegang jawatan Ketua Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Selepas itu, beliau bersara dan berkecimpung di dalam dunia politik tanah air. Beliau juga pernah memegang jawatan Pengarah Urusan Harakah yang merupakan akhbar rasmi Parti Islam se-Malaysia.

Jawatan Dalam PAS
Ustaz Azizan merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Beliau juga merupakan orang nombor satu PAS Kedah apabila ditaklifkan dengan jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah. Disamping itu beliau juga merupakan Yang DiPertua PAS Kawasan Yan, Kedah Darul Aman.Penglibatan

NGO
Beliau terlibat dalam beberapa NGO sama ana di peringkat nasional mahupun peringkat antarabangsa. Beliau merupakan AJK Persatuan Bekas Pelajar Melayu Timur Tengah dan AJK Persatuan Falak Syarie Malaysia. Di peringkat antarabangsa pula, beliau merupakan ahli Persatuan Syariah Asia Tenggara (South East Asia Association).Pengalaman Antarabangsa
Selari dengan penglibatannya di dalam NGO peringkat antarabangsa, beliau berpengalaman terlibat di dalam beberapa program di peringkat antarabangsa. Antaranya beliau pernah terlibat di dalam Muktamar al-Haj anjuran All Indian Iranian Association New Delhi, India. Selain itu, beliau pernah dijemput untuk membentangkan Kertas Kerja di 1st Asean Syariah Administration Conference Workshop yang di adakan di Manila pada tahun 1995. Pada tahun 2001 yang lepas, beliau melibatkan diri di dalam Persidangan Islam Sedunia yang berlangsung di Lunmam. Beliau juga pernah menghadiri Conference of South East Asia Islamic Law di Manila.

Hasil Penulisan Antarabangsa
Beliau pernah menghasilkan sebuah penulisan bertajuk 'Dirasah Hawla at-Tashriq al-Islami' yang diterbitkan oleh Kementerian Hal Ehwal Agama Islam Filipina. Selain itu, beliau juga pernah menghasilkan sebuah penulisan bertajuk 'Introduction To Islamic Law Jurisprudence, terbitan Office of Muslim Affair And Cultural Communities, Quezon City, Filipina pada tahun 1986. Antara penulisannya yang lain adalah 'Syariah, Adat And Command Law Amongst The Maranoas of Southern Philippines : An Exploratory And Comparative Study' terbitan Southest Asian Studies Program. Beliau juga menghasilkan banyak penulisan di peringkat nasional.

0 comments:
Post a Comment