CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, March 25, 2008

Mana POLIS DIRAJA di sisi Istana?


Kalau Adnan Mansor setiausaha agung UMNO mempunyai perisik, kononnya dihantar untuk menyiasat MP UMNO/BN supaya tidak berpaling tadah, apakah istana tidak ada mekanisma untuk merisik, menyiasat dan menerima maklumat tentang kedurjanaan rakyatnya dalam negara?.
Rakyat marhaen tidak tahu, adakah istana mempunyai badannya sendiri untuk memantau perjalanan pentadbiran dan keamanan dalam Negara.
Walaubagaimana pun, sudah diketahui POLIS DIRAJA dan ASKAR MELAYU DIRAJA mempunyai kaitan dengan INSTITUSI RAJA dalam Negara.
Kalau POLIS DIRAJA sudah sememangnya diketahui umum berketuakan Musa Hassan pengusung tilam. Yang mempunyai tali temali dengan banyak kes yang kerjanya cuma menjaga kepentingan dan kedurjanaan UMNO keseluruhannya.
Dalam kontek ini, apakah POLIS DIRAJA tidak ada sesuatu kuasa untuk berbuat sesuatu kepada beberapa penderhaka Sultan/Raja di bumi Malaysia ini?.
Atau adakah ASKAR MELAYU DIRAJA tidak boleh berfungsi menangkap dan buat sesuatu kepada yang jelas derhaka itu?.
Kenapa tidak ada kenyataan dari Menteri Keselamatan Dalam Negeri perihal penderhaka yang kini sudah jelas di mata rakyat?.
Kalau sebelum ini Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara Musa Hassan usung tilam itu menggunakan alasan menjaga keamanan awam sebagai justifkasi menangkap, apakah kali ini elemen berkenaan tidak ada?.
Bahkan kes UMNO – ISTANA selepas PRU 12 amat jelas boleh membawa kecacauan awam, walaupun mereka menang dan boleh memerintah Negara.
Kalau tidak ada!!!!, sesungguhnya sistem kesultanan dan raja dalam Negara dalam bahaya walaupun ada nama RAJA dalam POLIS DIRAJA dan ASKAR MELAYU DIRAJA. Siapa lagi yang boleh diharap menjaga Institusi RAJA sekarang ini?.
Sekarang POLIS DIRAJA mahu jaga siapa?. Adakah mereka mahu jaga UMNO? atau RAJA sebagai Ketua Negara/Negeri?.
Kalau mahu jaga UMNO, lucutkan perkataan DIRAJA dari namanya dan sesuailah menjadi perisik UMNO seperti kata Setiausaha Agungnya Adnan Mansor.
Inilah bahayanya apabila Biro Tatanegara Negara cuma menjaga kepentingan UMNO sahaja tetapi mengabaikan Raja dan Negara.
muramatsu
United Kingdom

0 comments: